KALAU KAMU KLIK SAYA SAYA PUN SUKA NAK KLIK KAMU

Saturday, September 29, 2012

PERLUKAH?

contoh semata-mata
Post ini sekadar lalu
tiada kaitan dengan tukang sapu
yang banyak kali orang dah tahu
jadi tiada apa yang perlu
untuk dikeliru

apa dia??
macam ini kisahnya
tengah syok menghadap mukabuku la
tiba-tiba datang pulak idea
nak melabun cerita
begini kisahnya
kan bermacam status friend kita
kita pula terkulat-kulat membaca
dalam hati suka ada menyampah pun ada
bila suka kira ok la
yang menyampah no komen la
paham sendiri la lu bikin apa

aish..kan macam-macam
tapi tak perlu pun geram
sikap orangkan bermacam ragam
kalau geram just peram
cuma ada benda aku tak paham

apa dia??
search google cari idea
status menyampah yang bagaimana
teramai sangatlah para blogger bercerita
alahai itu pun jadi isunya
menyampah katakan ..status kawan kita

kenapa perlu menyampah
sampai dalam blogger dimuntah-muntah
dalam mukabuku tak payah cerita dah
kalau dah menyampah
dia pun serupa mentelaah
mentelaah status tak sudah-sudah
sebab nak fire status yang dia menyampah

alahai kita yang tidak sedar diri
belagak macam wali
kalau menyampah cuba berdiam diri
buat penat luah sana sini
tersalah luah gigit jari
macam kita tak pernah berdiri
macam mereka berdiri
kita mungkin belum terkena lagi
sebab kita pun ada silap bila datang waktu dan hari

kadang-kadang mengutuk sesedap rasa
padahal diri bukan ditempatnya
bila sampai masanya
diam beribu batu jauhnya
jadi biarlah mereka meluah rasa
anggaplah mereka belum cukup usia
berfikiralah secara terbuka
bukan perli bajet bangga
kalau tak suka face to face saja
tegurlah secara berhikmah elak sengketa
antara dua rasa
buruk baik menurut pilihan kita
jadikan angin lalu kisah itu semua
kan mukabuku untuk suka-suka
bukan cari bala
dan janganlah terasa
aku pun tulis dari kaca mata
seorang yang berada antara dua
baiklah aku undur diri ya
salam semua yang baca
sila suka tapi aku tak paksa...haha

Thursday, September 20, 2012

MATA

Ini sepasang mata
nikmat dari siapa?
dari Allah kata kita.

Ini sepasang mata
sudahkah kita syukur kepadaNya?
punya sepasang mata
indah dan sempurna
atau masih sedang leka
melihat nikmat dunia
tanpa sedikit bicara
untuk menyatakan syukur tak terkira

Ini sepasang mata
bagaimana ia kita jaga?
ke mana di bawa ia lihat dunia?
maaruf dan mungkar antara dua
hanyalah kita mampu menjawabnya

Ini sepasang mata
sempurna tanpa cacat cela
jangan pula menghina si buta
kerana mata hati mereka lebih mulia
di sisi Allah kita tiada beza
hanya perhitungan sebuah mata taqwa

Ini sepasang mata
kepada mereka bernama wanita
benar matamu mata sinaran suria
sinaran memukau yang boleh menjadi bisa
bisa panahan kepada sang teruna
terjerat dalam pandangan iblis durja
usahlah menjerat diri dalam tipu dayanya
jagalah dari pandangan sia-sia

Monday, September 10, 2012

SUAMISTERI EPISOD JALAN-JALAN

Salam..

Situasi ni macam pernah terjadi..tapi dimana ???Jom layan..

Isteri: Abang, jom kita jalan-jalan keluar rumah. Bosan la asyik duduk rumah. Lagipun dah lama kita tak luangkan masa bersamakan.
Suami: (Mengerutkan dahi)...Ish..awak ni. Duit tengah tak mandang la sayang..Gaji tak masuk lagi.
Isteri: Kita bukan jalan-jalan nak pakai duit banyak pun. Kita bersiar2 dekat taman untuk ambil angin macam  kita bercinta dulu. 
Suami: Nanti la saya fikir.
Isteri :(Muka kecewa)..merajuk la...

SEKIAN


Komen saya: 

Mungkin biasa atau jarang-jarang berlaku situasi ini dikalangan kita bukan? Namun apa yang saya ingin katakan ialah kekangan masa, kewangan dan pelbagai alasan lagi menjadi faktor mengapa ia terjadi. 

Buat para suami, cuba anda fikir sejenak. Hari-hari anda sibuk kerana hari-hari adalah hari bekerja anda demi melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Duit pun tidak mencukupi. Hujung minggu untuk habiskan dengan hobi. Wah, banyaknya alasan. Erm, masalah yang biasa kita dengarkan.

Wahai suami,
Anda perlu ingat bahawa kerja tidak akan pernah habis, duit boleh dicari akan tetapi keluarga tiada berganti jika sudah merajuk hati.Oleh itu, luangkanlah sedikit waktu untuk isteri anda seperti zaman bercinta dahulu.  Jika zaman bercinta dulu tidak kisah mahu berjumpa kerana rindu walaupun duit tiada apa salahnya sudah berkahwin. Biasakanlah diri anda merancang sesuatu untuk menghabiskan masa bersama isteri anda. Jika anda boleh merancang untuk pekerjaan, hobi dan kegemaran anda begitulah juga harapan seorang isteri yang tandus kemesraan dan kasih sayang anda. Kasihanilah mereka kerana pengorbanan 24 jam mereka adalah sentiasa untuk rumah anda syurga anda. Bagaimana pula dengan anda. Itu juga adalah tanggungjawab anda demi kebahagiaan rumahtangga anda. Pahala juga menanti anda kerana membuatkan isteri anda tersenyum bahagia. Pasti berseri-seri rumahtangga anda.

Tips:
 Kalau sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk merancang di sini ada aktiviti menarik buat anda dan isteri. Tidak menelan belanja beribu-riban pun. Anda boleh melakukan hobi anda bersama-sama. Misalnya memancing tapi jangan pula anda layan pancing anda  sahaja. Tujuan anda adalah untuk bermesra dengan isteri. Jadi apa salahnya anda memancing sambil memancing kemesraan bersama (takkan nak kene ajar kot)...Macam tu la juga dengan aktiviti lain seperti memasak, mengemas rumah, makan bersama, bersiar-siar di taman,  bersenam dan lain-lain lagilah. Apa yang penting segala aktiviti itu mesti kene ada kemesraan. Romantik macam tu la. Jangan malu untuk mewujudkan adegan romantik bersama isteri anda ok. Jangan la jadi batu. Isteri pun naik bosan nanti..Sebelum terlupa isteri mana-mana pun suka sangat bila suami dia peluk dengan ikhlas...sekian terima kasih..wasalam>.<