KALAU KAMU KLIK SAYA SAYA PUN SUKA NAK KLIK KAMU

Wednesday, January 30, 2013

GERAM DENGAN MAJIKAN

Suka nak kongsi
Rasa dalam hati
Keadilan dinodai

Majikan suka buli
Kesempatan dalam diri
Seorang pekerja hakiki

Kerja melambak diberi
Tidak siap kene maki
Terpaksa berdiam diri
Menyampah dalam hati
Tuhan saja mengetahui

Siapa nak bagi gaji
Rumah jadi pengganti
Sarang kerja berguni-guni
Mana sempat nak curi
Masa kerja di pejabat hari-hari
Sedang kerja sedia ada sudah menanti

Family tercinta yang harus hadapi
Mereka terabai kerapkali
Rasa kerinduan dalam hati
Seorang pekerja makan gaji
Kerana tulang keratnya yang memerah rezeki
Namun itulah realiti
Dek kerja dibawa pulang acapkali
Dari seorang pembuli
Majikan yang hanya tahu ia siap seperti dijanji

Maka jadinya kini
Siapa harus ditelunjuki?
Bila tidak adil sebuah situasi
Kerja rumah haram dibagi
Bawa datang ke office lagi
Takut menggangu katanya nanti
Haram makan duit gaji
Padahal tidak sedar diri
Kerja office menimbun diberi
Pesan perlu siap mengikut janji
Bukan aku dapat sesen pun gaji
Overtime jauh sekali
Kalau ada untung badan dan kaki
Dek kerja lebih masa tadi
Cuma rasa geli
Majikan sebegini
Janji dia buat sesuka hati
Perintah sana perintah sini
Mentang-mentang engkau tinggi
Menyampah betul majikan macam ini.