KALAU KAMU KLIK SAYA SAYA PUN SUKA NAK KLIK KAMU

Thursday, December 20, 2012

ISTIHADAH

Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.

Apakah itu darah istihadah? 

Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.


Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:

  • Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
  • Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)


Bagaimana Mengenali Istihadah

Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:

1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.

2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.

3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.

4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.


Keadaan Wanita Mustahadah

Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):


Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.


Hukum-hukum Istihadah

Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.

Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)

Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.

Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.

Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.

Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI

kredit to http://www.telagabiru.net.my

Wednesday, December 19, 2012

SAYA RINDU SUARA AWAK


------>"Suami patut memberi masa untuk berbual dengan isteri. Berbual dengan isteri, adalah amalan yang memupukkan perasaan kasih sayang. Kebanyakan isteri menghabiskan masa di rumah, menguruskan rumah tangga dan melayan serta mendidik anak-anak."

Saya rindu suara awak ...
perkongsian sebuah kisah...selamat membaca..

salam abang,

sebelum tinta Nur belayar terlebih dahulu Nur memohon kemaafan dari abang untuk segala salah silap Nur pada abang kerana diri ini bukan seorang isteri yang sempurna.

Abang,

saya rindu suara awak...suara yang sekian lama tersimpan tidak menjengah. Ke mana perginya suara abang? Suara hilai tawamu, gurau sendamu, pujuk rayumu dan suara rengekan manjamu.

Abang,

Nur masih di sini. Bukan boneka patung. Nur boleh di lihat dan di sentuh. Tapi di mana suaramu abang?

Abang,

Nur rindu suara abang mengejutkan Nur subuh hari lalu membasahi wajah Nur dengan air wudhuk abang agar kita solat berjemaah bersama. Nur rindu abang berkata "Nur, bangun solat sayang..abang tunggu Nur di bilik solat." Kemudian kita pun sama-sama mengambil wuduk sebab wudhuk abang sudah batal. Tapi hakikatnya semua itu hanya angan-angan. Abang hanya mampu bangun terus menjengah ke bilik air tanpa sepatah bicara lalu bersolat. Nur terus menunaikan tugas.

Abang,

Nur rindu suara abang bertanyakan kita nak sarapan apa pagi ini, sedapnya isteri abang masak,  dan pesan macam-macam waktu pagi pada Nur sebelum pergi kerja tapi hakikatnya Nur hanya berangan bang. Sebaliknya kita bila Nur sediakan sarapan abang rasa nak makan abang akan makan dan begitulah sebaliknya. Bila sarapan Nur yang tanya itu ini. Nur yang mulakan bicara. Nur yang banyak berceloteh. Abang ada mood abang cakap dan kalau takde diam angguk je la.

Abang,

Nur rindu suara abang pesan pada Nur agar jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal, sayang Nur banyak-banyak dan macam-macam lagi la sebelum abang keluar pintu rumah.  Walaupun setiap hari ia di lafazkan tiada sedikit pun rasa bosan pun menjengah. Kalau tak sempat abang tetap akan mesej. jadi, Nurlah isteri paling bahagia abang. Nur suka. Suka sangat abang cakap macam tu.

Abang,

Nur pun rindu suara abang call Nur time kerja. Abang cuma nak cakap i love u, tidak pun miss u itu je. Nur pun gedik sebentar bila abang cakap macam tu. Semangat Nur kemas rumah tau. Senyum sampai ke telinga. Tapi sebenanrnya Nur berangan je bang, Abang sibuk mana ada masa untuk Nur. Nur pendamkan je dalam hati sebab nak jadi isteri yang memahami. Pernah Nur minta tapi bukan mudah nak buat walaupun tampak mudah.

Abang,

Nur rindu suara abang bila abang pulang kerja. Nur sambut abang dengan senyuman. Harapan nur abang akan cakap abang rindu Nur selepas seharian bekerja. Tapi abang terus terlantar  di sofa dan hanya tahu mengarah itu ini pada Nur. Namun tetap Nur turutkan kemahuan abang kerana tak mahu jadi isteri derhaka. Letih adalah perkara yang sering abang ungkapkan. Nur tak kisah buat apa sahaja untuk abang. Nur cuma minta sedikit perhatian dari abang. Tanyalah Nur bagaimana hari ini, letih macam abang tak buat kerjarumah. Nur mesti gembira abang dan rasa penat lelah Nur akan hilang abang kerana prihatinya abang pada Nur.

Abang,

Nur rindu lagi. Nur mahu pejamkan mata tapi Nur rindu suara abang. Tadi masa makan abang diam. Nur juga yang bertanya itu ini tentang apa abang lalui hari ini. Sedikit pun Abang tak tanya Nur. Kadang-kadang Nur tanya mengapa dan abang kata abang dah tahu kerja seharian Nur. Nur membisu sebab abang menoktah kata-kata Nur. Abang seolah-olah tidak seronok berbual dengan Nur. Nur macam cakap seorang diri bang. Nur masih tidak boleh pejamkan mata. Nur lihat abang sudah lena di buai mimpi. Nur tunggu dan tunggu "sweet dream sayang"..tapi tiada apa yang kedengaran namun hanyalah dengkuran suara abang. Letihnya abang tapi letihnya Nur tetap sukar melelapkan mata. Nur perlu bangun esok menunaikan tanggungjawab esok hari. 

Abang,

terlalu banyakkah permintaan Nur abang? Sedari mata tercelik hatta terpejam semula Nur bagaikan pengemis kasih. Betapa Nur merindu suara keprihatinanmu terhadap diri ini. Nur masih di sini kerana sebuah tanggungjawab. Nur masih di sini kerana kasih sayang belum terpadam. Nur masih di sini masih menanti sebuah harapan. ?Nur masih di sini kerana berharap agar abang akan mengerti. Kerana sebuah rindu dari Nur akan suara kasih seorang suami.

dari,


Nur Irdina Maiza

tamat...


Apa sebenarnya yang berlaku? Komunikasi suami isteri yang terpadam? Anda baca dan bincangkan how to create well comunication antara suami isteri ok. Aku nak garap conclusion nanti terlebih pula. So apa kata korang bagi sugesstion ok. Peace yaw....




Saturday, September 29, 2012

PERLUKAH?

contoh semata-mata
Post ini sekadar lalu
tiada kaitan dengan tukang sapu
yang banyak kali orang dah tahu
jadi tiada apa yang perlu
untuk dikeliru

apa dia??
macam ini kisahnya
tengah syok menghadap mukabuku la
tiba-tiba datang pulak idea
nak melabun cerita
begini kisahnya
kan bermacam status friend kita
kita pula terkulat-kulat membaca
dalam hati suka ada menyampah pun ada
bila suka kira ok la
yang menyampah no komen la
paham sendiri la lu bikin apa

aish..kan macam-macam
tapi tak perlu pun geram
sikap orangkan bermacam ragam
kalau geram just peram
cuma ada benda aku tak paham

apa dia??
search google cari idea
status menyampah yang bagaimana
teramai sangatlah para blogger bercerita
alahai itu pun jadi isunya
menyampah katakan ..status kawan kita

kenapa perlu menyampah
sampai dalam blogger dimuntah-muntah
dalam mukabuku tak payah cerita dah
kalau dah menyampah
dia pun serupa mentelaah
mentelaah status tak sudah-sudah
sebab nak fire status yang dia menyampah

alahai kita yang tidak sedar diri
belagak macam wali
kalau menyampah cuba berdiam diri
buat penat luah sana sini
tersalah luah gigit jari
macam kita tak pernah berdiri
macam mereka berdiri
kita mungkin belum terkena lagi
sebab kita pun ada silap bila datang waktu dan hari

kadang-kadang mengutuk sesedap rasa
padahal diri bukan ditempatnya
bila sampai masanya
diam beribu batu jauhnya
jadi biarlah mereka meluah rasa
anggaplah mereka belum cukup usia
berfikiralah secara terbuka
bukan perli bajet bangga
kalau tak suka face to face saja
tegurlah secara berhikmah elak sengketa
antara dua rasa
buruk baik menurut pilihan kita
jadikan angin lalu kisah itu semua
kan mukabuku untuk suka-suka
bukan cari bala
dan janganlah terasa
aku pun tulis dari kaca mata
seorang yang berada antara dua
baiklah aku undur diri ya
salam semua yang baca
sila suka tapi aku tak paksa...haha

Thursday, September 20, 2012

MATA

Ini sepasang mata
nikmat dari siapa?
dari Allah kata kita.

Ini sepasang mata
sudahkah kita syukur kepadaNya?
punya sepasang mata
indah dan sempurna
atau masih sedang leka
melihat nikmat dunia
tanpa sedikit bicara
untuk menyatakan syukur tak terkira

Ini sepasang mata
bagaimana ia kita jaga?
ke mana di bawa ia lihat dunia?
maaruf dan mungkar antara dua
hanyalah kita mampu menjawabnya

Ini sepasang mata
sempurna tanpa cacat cela
jangan pula menghina si buta
kerana mata hati mereka lebih mulia
di sisi Allah kita tiada beza
hanya perhitungan sebuah mata taqwa

Ini sepasang mata
kepada mereka bernama wanita
benar matamu mata sinaran suria
sinaran memukau yang boleh menjadi bisa
bisa panahan kepada sang teruna
terjerat dalam pandangan iblis durja
usahlah menjerat diri dalam tipu dayanya
jagalah dari pandangan sia-sia

Monday, September 10, 2012

SUAMISTERI EPISOD JALAN-JALAN

Salam..

Situasi ni macam pernah terjadi..tapi dimana ???Jom layan..

Isteri: Abang, jom kita jalan-jalan keluar rumah. Bosan la asyik duduk rumah. Lagipun dah lama kita tak luangkan masa bersamakan.
Suami: (Mengerutkan dahi)...Ish..awak ni. Duit tengah tak mandang la sayang..Gaji tak masuk lagi.
Isteri: Kita bukan jalan-jalan nak pakai duit banyak pun. Kita bersiar2 dekat taman untuk ambil angin macam  kita bercinta dulu. 
Suami: Nanti la saya fikir.
Isteri :(Muka kecewa)..merajuk la...

SEKIAN


Komen saya: 

Mungkin biasa atau jarang-jarang berlaku situasi ini dikalangan kita bukan? Namun apa yang saya ingin katakan ialah kekangan masa, kewangan dan pelbagai alasan lagi menjadi faktor mengapa ia terjadi. 

Buat para suami, cuba anda fikir sejenak. Hari-hari anda sibuk kerana hari-hari adalah hari bekerja anda demi melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Duit pun tidak mencukupi. Hujung minggu untuk habiskan dengan hobi. Wah, banyaknya alasan. Erm, masalah yang biasa kita dengarkan.

Wahai suami,
Anda perlu ingat bahawa kerja tidak akan pernah habis, duit boleh dicari akan tetapi keluarga tiada berganti jika sudah merajuk hati.Oleh itu, luangkanlah sedikit waktu untuk isteri anda seperti zaman bercinta dahulu.  Jika zaman bercinta dulu tidak kisah mahu berjumpa kerana rindu walaupun duit tiada apa salahnya sudah berkahwin. Biasakanlah diri anda merancang sesuatu untuk menghabiskan masa bersama isteri anda. Jika anda boleh merancang untuk pekerjaan, hobi dan kegemaran anda begitulah juga harapan seorang isteri yang tandus kemesraan dan kasih sayang anda. Kasihanilah mereka kerana pengorbanan 24 jam mereka adalah sentiasa untuk rumah anda syurga anda. Bagaimana pula dengan anda. Itu juga adalah tanggungjawab anda demi kebahagiaan rumahtangga anda. Pahala juga menanti anda kerana membuatkan isteri anda tersenyum bahagia. Pasti berseri-seri rumahtangga anda.

Tips:
 Kalau sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk merancang di sini ada aktiviti menarik buat anda dan isteri. Tidak menelan belanja beribu-riban pun. Anda boleh melakukan hobi anda bersama-sama. Misalnya memancing tapi jangan pula anda layan pancing anda  sahaja. Tujuan anda adalah untuk bermesra dengan isteri. Jadi apa salahnya anda memancing sambil memancing kemesraan bersama (takkan nak kene ajar kot)...Macam tu la juga dengan aktiviti lain seperti memasak, mengemas rumah, makan bersama, bersiar-siar di taman,  bersenam dan lain-lain lagilah. Apa yang penting segala aktiviti itu mesti kene ada kemesraan. Romantik macam tu la. Jangan malu untuk mewujudkan adegan romantik bersama isteri anda ok. Jangan la jadi batu. Isteri pun naik bosan nanti..Sebelum terlupa isteri mana-mana pun suka sangat bila suami dia peluk dengan ikhlas...sekian terima kasih..wasalam>.<

Saturday, June 30, 2012

Pelaburan Silver – 10 Soalan Lazim Pembeli Baru


Ini adalah antara 10 soalan lazim yang biasa ditanya oleh orang baru tentang pelaburan perak @ silver:
1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop” Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver
2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut. Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ.
3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011).
4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/
5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan). Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)
6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling
7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium.
8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda. Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42). Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220
9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan. Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar akan naik lebih rendah peratusan berbanding silver.
10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan.
Banyak lagi penjelasan, tips dan panduan lanjut tentang pelaburan silver yang anda boleh ketahui sebenarnya. Anda seelok-eloknya baca dan faham betul-betul dulu sebelum melabur. Yang bestnya sebab anda boleh belajar dengan pakarnya..ya, Pakar Pelaburan Silver.

Friday, June 29, 2012

Pelaburan Emas



Dalam artikel kali ini, segala-galanya tentang emas, logam berharga ciptaan Allah akan dikupas. Baiklah sebelum cara menjana keuntungan dengan emas dibicarakan, keistimewaan melabur dengan emas disenaraikan dan dibincangkan satu persatu.
Pertama, emas mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuning nya yang cantik dan sifatnya yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalamihyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya selaman-lamanya.
Kedua, emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM719. Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing. Itulah kehebatan emas.
Ketiga, Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada tren peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan graf di bawah; harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30/Oz. Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!). Untuk pengetahuan semua, emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Harga semasa dan rekod harga emas yang lepas emas boleh dilihat di www.kitco.comdengan pantas.
Keempat, emas mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?
Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes, merupakan aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak lagi kehebatan melabur dalam emas. Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ia ingin dijual kembali, ia akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:
  • Maybank: syiling Kijang Emas
  • UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Dinar: dinar emas
  • Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
  • Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:
  • Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
  • Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
  • Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
  • Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
  • Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.

Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyaispread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.
Ketiga ialah kesediaan stok. Selalunya, produk pelaburan emas yang baik berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Contohnya, Kijang Emas 1 Oz dan syiling emas UOB bank 1 Oz. Ini kerana syiling-syiling emas ini digemari berikutanspread nya yang rendah. Seterusnya, ada faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan. Contohnya, ada bank yang tidak membenarkan plastik salut emas dibuka atau emas tidak boleh calar atau sumbing. Ini boleh menimbulkan masalah kepada anda yang berazam untuk menjadi pelabur emas agresif. Bagi pembeli emas keluaran Public Gold, mereka lebih selamat kerana plastik cover jongkong emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka walau calar, bengkok, resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas tersebut.
Sekarang, anda pasti runsing, yang mana satu kah pelaburan paling baik? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Pakar-pakar emas menyarankan orang ramai supaya membeli emas fizikal kerana pertama, ia boleh digadaikan sekiranya anda memerlukan wang kecemasan. Tetapi jika anda menyimpan di akaun simpanan emas, anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). Kedua, emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Ketiga, jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal.
Walau apa sekalipun, yang paling penting ialah untuk terjebak dalam skim pelaburan emas! Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, ada yang menawarkan pulangan setiap bulan sehingga 2% – 3% setiap bulan, harga emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa dan moto penjualan mereka ialah duduk diam-diam pun boleh dapat duit. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat yang menawarkan pulangan lumayan, minta nombor pendaftaran syarikat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya business plan adalah anda perlu cari pelabur lain untuk dapat komisen, itu sudah cukup untuk membuktikan yang ia adalah skim pelaburan emas sampah!
Yang terakhir ialah zakat emas.
Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai dan zakat emas yang dipakai. Untuk zakat emas yang disimpan, sekiranya emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram dan tidak pernah dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Untuk zakat emas yang dipakai, ia tidak diwajibkan zakat tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.
Selamat melabur emas!

Wednesday, May 30, 2012

MACAM - MACAM MONOLOG

MONOLOG HATI

Jauh hati lagi???

Dia:Oi..boleh jalanlah dengan jauh hati kau tu.

Aku:Suka hati aku la..aku punya hati...kau tak pernah rasa apa aku rasa tahu tak???

Dia:Eleh..sedikit pun dia tak pernah peduli rasa kau..boleh jalan la ...Ingat dia nak layan kehendak kau tu...???Sendiri mahu ingat la sis...yang kau nak seksa diri kau tu buat apa..nangis sana sini la...buat penat je..membazir kau tahu...dia tak akan feel dengan lelehan air mata kau tu...simpati pun jauh sekali kau tahu..

Aku:Aku punya suka ok..kau jangan nak menyebok2...aku nak nangis ke..pecahkan barang ke untuk lepaskan geram itu terpulang ok...aku yang penat aku tanggung...sekurang-kurangnya aku ada sedikit kepuasan tau???even dia buat bodoh aku dah tak peduli...aku bukan wanita yang dapat sembunyi air mata aku..lama2 mengalir juga..sebab dengan ini yang buat aku kuat...alah bisa tegal biasa...biarlah dia terus menerus nak sakitkan hati aku...

Dia:kau ni tak paham2 la...perasan ke tak..???ada dia cuba berubah demi kau???contoh pasal rokok??orang kata sayang bini hendak buat seribu daya kan???nah..apa sudah jadi...macam alasan diberi kan???dan satu lagi ada dia buat macam kehendak kau...buat pun macam di paksa...kau nak romantik ada dia cuba belajr cara nak jadi romantik..??ada dia masih segan2 nak memanjakan engkau..tak kan???jauh sekali...malah kau yang terhegeh2 melayan dia..dekat2 sama dia..cerita itu ini pada dia...hahahha....mithalinya kau...bagus sangat....kau harap kau dapat balasan setimpal tapi nyata jauh sekali kan..kesian2..kesian...

Aku:itu tanggungjawab aku ok..kau jangan nak bolak balik cerita...


Dia:ha yela...TANGGUNGJAWAB la sangat...kau tahu ke tak....semua tu isu kerukunan rumah tangga...perkara yang dapat menegkalkan kebahagian hati suami isteri dalam berumahtangga.....tapi kesian kat kau kan...suami kau asyik 24 jam melayan kepenatan kerja....kau jadi no 2 kan...hahahahaha...kau kira KULI la jugak kan...nak semua2 tu jangan angan2 la beb...

Aku:Sudah2...aku tak nak dengar cakap gila kau tu...

Dia:oit..aku nasihat jela...kau tu jangan lembik....kene kuat semangat...ni tak sikit2 nangis..sikit2 nangis...lembik betul...pastu marah2...alih2 sekarang suka nak musnahkan barang...


Aku:dah itu cara aku rasa lega walaupun sedikit...

Dia:rilex la...kau kene sabar...kan dah pesan dari dulu jangan terlalu mengharap cinta seorang manusia bernama lelaki...sekejap je kau rasa....

AKu:Aku...AKu...

Dia:KAu setuju pendapat aku kan???Sudahlah ...laki2 yang sempurna hanyalah rasulullah..jangan terlalu mengharap ok...sekarang lelaki banyak sungguh jahil dengan ilmu kerukunan rumah tangga..if mereka nak berubah mereka akan belajar cara2 menjadi suami yang di dambakan isteri...dan akan buat sedaya baik untuk isteri..tapi kau pun kene sama gak...sekarang redha dan pasrah kekurangan suami kau tu...doa banyak2 ok..if tuhan tak makbulkan pun nanti kat syurga kau dapat apa kau mahu....

AKu:...aku rasa jika alasan suami mencari lain atau dah bosan dengan isteri kerana layanan isteri dirumah tak memuaskan inilah puncanya kan????suami tak beri komitmen yang baik so isteri mana tak akan fed up.malas nak layan lama2kan??pastu suami salahkan isteri pula..dan aku takut kalau aku termasuk golongan ni...biarlah suami aku tak layan aku atau apa pun tapi aku tetap sayang dan cintakan dia...aku sepatutnya tetap melayan dia dengan baik...tapi adilkah???????

Dia:dah2...istigfar banyak2 ok....

Friday, May 11, 2012

Romantik Spontan Untuk Suami Isteri



Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada sedikit tips untuk korang. Harap-harap korang akan berjaya.

Friday, January 13, 2012

CEMBURU MASIH TAK SUDAH

Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
sangsi masih terus menerjah
aduh..begitulah payah
bilakah mahu berpasrah?

Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
kadang2 jiwa rasa goyah
bila hati berbagi belah
mengapa begitu susah?

Rimas..rimas..ahh
cemburu masih tak sudah
apakah cemburu itu salah? 
manifestasi dirinya sukar aku terjah
seolah-olah halangan di tengah.

Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
penjelasan kadang2 goyah
hingga membuat aku lelah
namun kadang2 aku rasa bersalah.

Namun apapun segala yang tercurah
harapan buat dirimu masih cerah
kerana sayangku padamu terlalulah indah
hingga sukar kunyatakan dihujung lidah.

Maafkan aku sayang membuat dirimu resah
menghadapi manifestasi diri ini yang tak sudah-sudah
aku bukan ingin terus dirimu ditujah 
sebaliknya ku ingin kau tahu isi hatiku yang tercurah
betapa segala pengorbananmu cukuplah sudah
membuat aku menangisi tak sudah
betapa aku menyayangimu tanpa helah
dan nafas cintaku padamu tidak pernah lelah
kerana telah aku sandarkan ia dari rahmat Allah
yang padaku diberi nikmat tidak pernah sudah

Monday, January 9, 2012

MASALAH ITU UJIAN TANDA ALLAH KASIHAN

DOA HADAPI MASALAH

Masalah
Sesiapa pun pernah
Jangan kata kita sahaja yang susah
Semua pernah hadapi rasa resah
Kita tidak harus hanya berpasrah
Mengalah atau berserah
Semua pilihan yang berbeza arah

Tapi apa kita nak buat
Perlukah menjerit kuat-kuat?
Nanti buat orang meluat
Sendiri nanti terkulat-kulat

Bila masalah mendatang
Kita sering mencari seseorang
Sementara tuhan ditolak kebelakang
Akhirnya tetap kecundang
Masalah tak lekang-lekang
Terus saja mendatang

Masalah itu ujian
Ujian dari tuhan
Kerana itu tanda kasihan
Allah pada insan

Pada yang benar-benar perlukan
Allah dalam kehidupan
Pasti datang segala pertolongan
Lambat dan cepat bukan alasan
Semua bersandar pada kesabaran
 
Tapi kita sering lupa
Janji-janji tuhan pada kita
Merungut dan bersungut tidak terkira
Inikah kita sebagai hambaNya?

Fikir-fikirkan kebesaran tuhan
Pasti kita mendapat kekebalan
Terus mengharungi ujian
Kerana itu tujuan kehidupan
Bukan untuk kita leka dengan keseronokan
Tunggulah akhirat kita hidup berkekalan
Kekal abadi milik tuhan
Jadi banyak-banyak dengan kesabaran
Buat diri aku juga ingat ini pesanan
Sekian.




 Kasihan juga membawa maksud kasih sayang, simpati dan lain-lain yang bersesuaian




Sunday, January 8, 2012

KENAPA SUKA BUKA AIB ORANG DARIPADA MENDOAKAN MEREKA???

Salam semua

Entri aku apa kali ini ya????
Mood aku pun tengah kecewa
Kecewa dengan sikap manusia
Yang suka berjaja-jaja
Apa???
Yela...menjaja cerita
Daripada cuba merahsia
Kamu paham ke apa?

Itu hari kes Amalina
Sekarang Ustaz Azhar Idrus pula
Sebenarnya bukan mereka sahaja
Banyak sudah tidak terkira
Aku tak mahu komen apapun tentang mereka
Cuma  mahu cakap sikit saja

Apa masalah sebahagian kita???
Kita yang bukan jin, iblis atau syaitan tapi manusia
Bila dengar yang buruk punya cerita
Sepantas kilat mereka-reka cerita
Jika tersalah mengundang fitnah beraja
Lebih baik pergi membunuh sahaja

Adapun benar atau salah bukan isunya
Tetapi maha penting menutup aib mereka
Ia juga buat kita berganda pahala
Allah juga akan pelihara aib kita
Lebih-lebih di akhirat dari di dunia

Buat mereka yang suka cara sedemikian rupa
Ingatlah kita bukan tuhan untuk mengadili mereka
Apa salahnya kita terus berdoa
Mohon semua mendapat hidayahNya
Semoga bertaubatlah sebelum tinggalkan dunia
Kalau masih tak sedar tak tahu nak kata apa
Serahkan pada Allah sahaja

Sekian dari aku sampai sini sahaja

Saturday, January 7, 2012

SIKAP PEMBONCENG MOTOSIKAL PEREMPUAN

Salam guys

Ini bukan umpatan
Hanya kata terbuku ingin diluahkan
Minta pendapat berkongsi sesama kalian

Kalau ada terasa oleh kalian
Inilah yang kita namakan kebetulan
Kalau,makan cili takkan manis pula rasanyakan??
So anda baca anda simpulkan.

Suatu hari aku di pekan
Malunya aku sabagai perempuan
Terlihat dek mata sukaan syaitan
Tergedik-gedik bermotoron
Ketawa-ketawa sakan
Sudahlah Islam aurat pula diabaikan
Tambah-tambahan engkau itu perempuan
Rasa meluat hanya diketahui tuhan

Waktu membonceng haruslah menjaga peradaban
Supaya terlihat tidak menjelekkan
Penunggangnya pun  duduk biar bersopan
Tak perlu menonggek ke depan
Tak tahu ke supan???

Tiba-tiba hatiku terdetik kasihan
Seringkali sahaja golongan ini mendapat kutukan
Mungkin sebab itu mereka buta tulikan
Apa orang sekeliling katakan
Jadi mari kita ambil pengajaran
Apa salah kita doakan
Agar mereka menerima nur tuhan
Anggap sahaja perbuatan mereka sebagai ujian
Sama ada kita jadikan umpatan 
Atau pilihan mencari pahala dalam kehidupan

Tuesday, January 3, 2012

AKADEMIK CEMERLANG TAPI AURAT TERBUKA, SAHSIAH TERUK DAN LAIN-LAIN


Salam guys
Kali ini mata jemari cepat je mahu menaip cerita si dia
Cerita yang tengah panas macam pisang goreng
Siapa??ala...budak tu la FULL STOP
Hati aku kata jangan
Aib, jangan teruskan okeyh????
Betul atau tidak biarlah
Kita simpan sendiri saja
Agar Allah pelihara aib kita juga
InshaAllah...

Apa realiti mata jemari aku ingin katakan???
Sedetik kata ingin ku luahkan luahkan
Nasihat aku ini bukan sembarangan
Khusus mereka bernama perempuan
Semua berkait dengan hati yang dapat aku katakan

Bila kita sudah cemerlang akademik
Jangan lupa kecemerlangan jatidiri
Beringat pula tentang kecemerlangan sahsiah
Maka akan kita peroleh kecemerlangan dunia akhirat

Teringat kata-kata seorang ustaz masa aku sekolah dulu------>

Sia-sia saja hanya cemerlang akademik tetapi tidak menjaga aurat, akhlaq buruk dan seangkatannya. Pandangan Allah tidak diutamakan tetapi mereka mengutamakan pandangan manusia. Ustaz tak bangga pun kalau anak murid ustaz cemerlang tetapi aurat terdedah. Sia-sia ilmu yang mereka belajar sebab tak amalkan.

Bersyukur kita punya wanita Islam seperti dia. Aku memang tidak pernah bertemu tetapi aku tahu sedikit sebanyak kisah beliau. Contohilah Siti Fatimah Mukhtar yang terus cemerlang di U.K dan tetap menjaga peradaban wanita Islam. Mari kita terus doakan beliau agar terpelihara dari pengaruh budaya dan semoga beliau terus tabah hadapai ujian di sana. Kalian boleh kagum dengan beliau tetapi jangan sampai kekaguman kalian melebihi kekaguman kepada Allah.

Siti Fatimah tengah. Ihsan gambar dari mengaji pasti boleh


Aku pesan dan doakan khusus buat insan bernama AKU dan kamu2 semua agar Allah tetapkan hati. Sebab hati kita sentiasa berbolak balik. 

Aku ambil sebahagian lirik Jagalah Hati(SNADA)

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Alloh kian jauh

Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
Dirimu disegani

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan dagang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit