KALAU KAMU KLIK SAYA SAYA PUN SUKA NAK KLIK KAMU

Wednesday, December 19, 2012

SAYA RINDU SUARA AWAK


------>"Suami patut memberi masa untuk berbual dengan isteri. Berbual dengan isteri, adalah amalan yang memupukkan perasaan kasih sayang. Kebanyakan isteri menghabiskan masa di rumah, menguruskan rumah tangga dan melayan serta mendidik anak-anak."

Saya rindu suara awak ...
perkongsian sebuah kisah...selamat membaca..

salam abang,

sebelum tinta Nur belayar terlebih dahulu Nur memohon kemaafan dari abang untuk segala salah silap Nur pada abang kerana diri ini bukan seorang isteri yang sempurna.

Abang,

saya rindu suara awak...suara yang sekian lama tersimpan tidak menjengah. Ke mana perginya suara abang? Suara hilai tawamu, gurau sendamu, pujuk rayumu dan suara rengekan manjamu.

Abang,

Nur masih di sini. Bukan boneka patung. Nur boleh di lihat dan di sentuh. Tapi di mana suaramu abang?

Abang,

Nur rindu suara abang mengejutkan Nur subuh hari lalu membasahi wajah Nur dengan air wudhuk abang agar kita solat berjemaah bersama. Nur rindu abang berkata "Nur, bangun solat sayang..abang tunggu Nur di bilik solat." Kemudian kita pun sama-sama mengambil wuduk sebab wudhuk abang sudah batal. Tapi hakikatnya semua itu hanya angan-angan. Abang hanya mampu bangun terus menjengah ke bilik air tanpa sepatah bicara lalu bersolat. Nur terus menunaikan tugas.

Abang,

Nur rindu suara abang bertanyakan kita nak sarapan apa pagi ini, sedapnya isteri abang masak,  dan pesan macam-macam waktu pagi pada Nur sebelum pergi kerja tapi hakikatnya Nur hanya berangan bang. Sebaliknya kita bila Nur sediakan sarapan abang rasa nak makan abang akan makan dan begitulah sebaliknya. Bila sarapan Nur yang tanya itu ini. Nur yang mulakan bicara. Nur yang banyak berceloteh. Abang ada mood abang cakap dan kalau takde diam angguk je la.

Abang,

Nur rindu suara abang pesan pada Nur agar jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal, sayang Nur banyak-banyak dan macam-macam lagi la sebelum abang keluar pintu rumah.  Walaupun setiap hari ia di lafazkan tiada sedikit pun rasa bosan pun menjengah. Kalau tak sempat abang tetap akan mesej. jadi, Nurlah isteri paling bahagia abang. Nur suka. Suka sangat abang cakap macam tu.

Abang,

Nur pun rindu suara abang call Nur time kerja. Abang cuma nak cakap i love u, tidak pun miss u itu je. Nur pun gedik sebentar bila abang cakap macam tu. Semangat Nur kemas rumah tau. Senyum sampai ke telinga. Tapi sebenanrnya Nur berangan je bang, Abang sibuk mana ada masa untuk Nur. Nur pendamkan je dalam hati sebab nak jadi isteri yang memahami. Pernah Nur minta tapi bukan mudah nak buat walaupun tampak mudah.

Abang,

Nur rindu suara abang bila abang pulang kerja. Nur sambut abang dengan senyuman. Harapan nur abang akan cakap abang rindu Nur selepas seharian bekerja. Tapi abang terus terlantar  di sofa dan hanya tahu mengarah itu ini pada Nur. Namun tetap Nur turutkan kemahuan abang kerana tak mahu jadi isteri derhaka. Letih adalah perkara yang sering abang ungkapkan. Nur tak kisah buat apa sahaja untuk abang. Nur cuma minta sedikit perhatian dari abang. Tanyalah Nur bagaimana hari ini, letih macam abang tak buat kerjarumah. Nur mesti gembira abang dan rasa penat lelah Nur akan hilang abang kerana prihatinya abang pada Nur.

Abang,

Nur rindu lagi. Nur mahu pejamkan mata tapi Nur rindu suara abang. Tadi masa makan abang diam. Nur juga yang bertanya itu ini tentang apa abang lalui hari ini. Sedikit pun Abang tak tanya Nur. Kadang-kadang Nur tanya mengapa dan abang kata abang dah tahu kerja seharian Nur. Nur membisu sebab abang menoktah kata-kata Nur. Abang seolah-olah tidak seronok berbual dengan Nur. Nur macam cakap seorang diri bang. Nur masih tidak boleh pejamkan mata. Nur lihat abang sudah lena di buai mimpi. Nur tunggu dan tunggu "sweet dream sayang"..tapi tiada apa yang kedengaran namun hanyalah dengkuran suara abang. Letihnya abang tapi letihnya Nur tetap sukar melelapkan mata. Nur perlu bangun esok menunaikan tanggungjawab esok hari. 

Abang,

terlalu banyakkah permintaan Nur abang? Sedari mata tercelik hatta terpejam semula Nur bagaikan pengemis kasih. Betapa Nur merindu suara keprihatinanmu terhadap diri ini. Nur masih di sini kerana sebuah tanggungjawab. Nur masih di sini kerana kasih sayang belum terpadam. Nur masih di sini masih menanti sebuah harapan. ?Nur masih di sini kerana berharap agar abang akan mengerti. Kerana sebuah rindu dari Nur akan suara kasih seorang suami.

dari,


Nur Irdina Maiza

tamat...


Apa sebenarnya yang berlaku? Komunikasi suami isteri yang terpadam? Anda baca dan bincangkan how to create well comunication antara suami isteri ok. Aku nak garap conclusion nanti terlebih pula. So apa kata korang bagi sugesstion ok. Peace yaw....




No comments:

Post a Comment